Assalamualaikum....
Kamu kata kamu beriman sedangkan kamu belum diuji...Setiap kali masalah bertandang,saya akan ingatkan diri saya dengan peringatan dari Allah ini.
Dua hari saya berjalan seperti terbang di atas angin..Penyakit lama datang balik....ada masalah,tidur. Ish..ish...macam mana lah masalah nak selesai.
Apabila sampai kemuncak,saya dah tak tertanggung lagi...
Saya telefon mak untuk luahkan masalah. Itulah terapi terbaik selepas saya meluahkan masalah saya dengan Allah.
Kadang saya rasa sangat bersalah...ada problem,call mak....esok nak test,call mak minta didoakan....tapi pernah saya kisah mak ada masalahkah tidak...malah saya menambah masalah mak adalah...
Panjang dah saya mengarut...kesimpulannya,masalah saya belum selesai...adooooi
Mak tanya,masalah wangkah? Tidak kata saya.
Bergaduh dengan kawan? Setakat ni mak,kalau saya bergaduh dengan kawan,saya tak rasa itu masalah..hehe
Jadi? Mak,doakan jak lah...Setel nanti saya cerita...
Mak sentiasa doakan nak. Kalau ada masalah dengan orang,mak minta orang tu kesianlah dengan kamu....(kata-kata ini buatkan saya menanggis kerana kena betul dengan masalah saya)
Ya Allah,
Bantulah hamba Mu yang hina dan lemah ini...
Hanya kerana Kau sahajalah tempat hamba Mu ini meminta...
Doakan saya ya!

