twitter


Assalamualaikum....

Kenangan ini tak mungkin akan lupus dalam ingatanku sampai bila-bila.Malah aku akan pastikan ianya terus bercambah dan mekar dalam kotak ingatan.Apabila aku mengenang kembali kisah ini....wajah tua mak akan terbayang di ruang mata.

Aku percaya,kesempitan hidup akan sentiasa menjadi pengalaman berguna untuk mencapai kejayaan.Dan aku juga percaya walaupun kesusahan itu memeritkan namun ianya sentiasa disulami dengan pengorbanan.Lalu pengorbanan itulah yang akan melahirkan kasih sayang....

Seingat aku kisah ini berlaku semasa aku masih berumur belasan tahun.Simple story....tapi meninggalkan kesan yang besar dalam hidupku...terutama dalam hal menghargai pengorbanan seorang IBU...


Memoir 1 - Love,Mak.

Awal pagi lagi emak mengejutkan aku.Mak minta aku tolong gantikan dia jaga kedai.Katanya dia mahu ke D'mart untuk mengambil (baca:menghutang) beras.Kata mak lagi,beras yang ada di rumah sudah habis dan memang tak ada yang tinggal untuk dimasak hari tu.Aku memang malas sebenarnya jaga kedai.Selalunya bila disuruh,aku akan marah-marah sambil membebel-bebel meluahkan rasa tak puas hati.Tak pernah aku fikirkan perasaan mak...teruknya aku!

Tapi,selalunya begitulah....Sudah puas memprotes,akhirnya aku akan turun juga menjaga kedai....Kan elok kalau aku jaga saja tanpa banyak cakap....

Setelah hampir 20 minit emak menapak ke D'mart,dari jauh aku lihat susuk tubuh emak berjalan perlahan menuju ke arahku.Aku hairan melihat emak yang pulang dengan tangan kosong.Kata mak mahu mengambil beras.Mana berasnya?

Apabila emak sampai di hadapan kedai,aku lihat raut wajah mak yang kecewa.Tak sempat aku bertanya,emak sudah memberitahu.Kata mak,orang D'mart tak bagi ambil beras sebab sekarang bukan turn kami yang ambil barang.

Masa tu,walaupun aku masih belasan tahun,aku sudah dapat menyelami perasaan mak.Emak mesti sedih dan kecewaAku terdengar emak mengeluh sendiri..."apalah yang mahu dimasak hari ni"

Sebenarnya kisah ni taklah sedih manapun.Tapi aku tak akan lupa wajah sedih dan kecewa mak tu.Mungkin mak juga sudah melupakan kisah ni..

Mak dengan tualanya memang tak boleh dipisahkan.



bersambung.....